tag:blogger.com,1999:blog-43549618339416629172024-03-13T01:25:01.690-07:00TERNAK UDANG HARIMAUAdzaharihttp://www.blogger.com/profile/06435714776067362720noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-4354961833941662917.post-13482197981771500732009-10-17T18:40:00.000-07:002009-10-17T18:52:34.295-07:00Panduan Menternak Udang Harimau

Udang harimau merupakan spesies udang laut utama diternak oleh kebanyakan penternak udang di Malaysia. Ianya memainkan peranan penting dalam ekonomi industri akuakultur negara ini. Walaupun begitu Malaysia bukanlah pengeluar utama, kerana keluasan kolam ternakan udang harimau hanyalah sekitar 6,000 hektar. Sebagai perbandingan, Thailand mempunyai 80,000 hektar kolam udang, 40,000 hektar di Indonesia dan 80,000 hektar di India. Walau bagaimanapun, purata pengeluaran (tan metrik per hektar) di Malaysia adalah tinggi, selepas Taiwan dan Thailand. Ini menunjukkan bahawa teknologi ternakan udang di Malaysia telah maju dan setanding dengan negaranegara tersebut.
Di Malaysia, ternakan udang harimau telah menjadi satu aktiviti ekonomi yang penting sejak kejayaan mengeluarkan benih secara besar-besaran dan penggunaan teknologi ternakan yang moden. Majoriti ternakan udang atau 70% udang terhasil di kawasan timur. Dari awal 1980-an dan pertengahan 1990-an, pengeluaran udang ternakan telah meningkat sebanyak tujuh kali ganda. Dalam tahun 2000, sebanyak lebih kurang 12,000 MT udang akuakultur (>95% udang harimau) bernilai RM400 juta telah dikeluarkan daripada 6,000 ha. Kawasan kolam air payau yang melibatkan lebih kurang 950 penternak. Pengeluaran daripada ternakan udang akuakultur mewakili cuma 10% daripada 111,900 MT daripada udang tangkapan. Perusahaan udang bagi pelbagai spesies akan terus digalakkan di mana dianggarkan sebanyak 150,000 tan metrik udang bernilai RM2.7 bilion mampu dihasilkan pada tahun 2010 (Jabatan Perikanan).
TERNAKAN UDANG HARIMAU SECARA INTENSIF PENGENALAN Udang Harimau (Penaeus Monodon)Adalah salah satu jenis udang air payau / laut yang sesuai diternak di kolam kerana ianya mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan kadar tumbesaran yang cepat.Di Malaysia akhir-akhir ini, usaha menternak udang harimau sedang berkembang pesat dengan semakin bertambahnya penglibatan dari pihak swasta, agensi kerajaan dan juga orang perseorangan. Antara faktor yang menggalakkan penternakan udang harimau adalah :- Terdapatnya banyak kawasan yang berpotensi.Permintaan yang tinggiJaminan harga pasaran yang baik di dalam negeri mahupun di luar Negara Contoh:Pada masa ini harga pasaran bagi udang yang bersaiz dalam lingkungan 25-35 ekor/kg ialah diantara RM 20 –RM 30/kg. Penglibatan pihak kerajaan dan swasta dalam membangunkan ternakan udang harimau seperti LKIMPenggunaan teknologi tinggi dalam ternakan. KRITERIA YANG SESUAI UNTUK PEMILIHAN TAPAK Kriteria-kriteria asas yang perlu diambilkira sebelum kolam dibina adalah seperti berikut:- Berhampiran dengan punca air payau/laut yang mempunyai kadar kemasinan 15-30ppt. Dan ianya mestilah juga bebas dari pencemaran (seperti bahan buangan industri dan pertanian).Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya.Berhampiran dengan pusat penetasan.Keadaan tanah yang berupaya menakung air seperti liat berpasir ataupun liat dimana kemasaman pH 6.5-8.5 (basah)Mempunyai modal yang mencukupi mengikut keperluan sistem ternakan yang akan dijalankan.Mempunyai strategi pemasaran yang baik. PEMBINAAN KOLAM 1. Kolam boleh dibina antara saiz 0.3 – 1.0 hektar luas permukaannya dan kedalaman antara 1.5m – 2.0 m. Pembinaan kolam hendaklah berhampiran dengan punca air. 2. Saluran air masuk dan keluar perlu dibina untuk kemudahan pertukaran air semasa pemeliharaan udang dan ia juga perlu untuk pengeringan air selepas hasil dikutip. Penggunaan pam untuk memasuk dan mengeluarkan air boleh digunakan tetapi melibatkan tambahan kos. 3.Untuk ternakan secara intensif susun atur, reka bentuk dan pembinaan kolam mestilah dibuat dengan bijak dan berhati-hati, terutamanya aspek asas yang penting iaitu ban, pintu air masuk dan keluar. Jika pembinaannya betul dan mematuhi kehendak, kejayaan berterusan operasi akan dapat dicapai bagi kaedah ternakan secara intensif. 4. Sistem air kolam intensif. a. Punca air b. Sistem pam c. Kolam takungan d. Pintu air masuk/keluar 5. Reka Bentuk Kolam Intensif a. Kedalaman 1.3m-1.5m b. Lerengan ikut jenis tanah 1:2, 1:1, 2:1 c. Kecerunan dasar 1: 200 d. Saiz kolam 0.5 – Iha. e. Pintu air masuk dan keluar. PENYEDIAAN KOLAM Sebelum ternakan dijalankan, kerja-kerja penyediaan kolam perlu dilakukan. Tempoh penyediaan kolam berbeza mengikut cuaca, keadaam kolam dan masalah setempat. 1. Pembuangan Lumpur: -Lumpur hitam perlu dirawat atau dibuang setiap kali selepas sesuatu pusingan ternakan dijalankan samada secara mekanikal, biologikal atau menggunakan bahan kimia. - Cara mekanikal boleh dibuat dengan menggunakan jentera, pam atau mengalirkan melalui pintu air. - Cara biologikal iaitu menggunakan bakteria yang boleh mengeluarkan enzim untuk menghalang pembentukan lumpur hitam. - Cara kimia pula adalah dengan menggunakan bahan seperti Calcium peroxide, Potassium permanganate, Zeolite, Iron oxide dan Ozone. Penjemuran : Penjemuran dibuat sehingga dasarnya retak, biasanya 1 hingga 2 minggu bergantung pada cuaca. Tujuannya untuk mengoksidakan bahan organan atau lumpur hitam. Membaiki Sturuktur Kolam Pemeriksaan rapi perlu dibuat agar sebarang kerosakan boleh diatasi/baiki segera sebelum ternakan diteruskan termasuk memasang jaring pada pintu air. Mengapur Kapur adalah untuk meneutralkan kandungan asid tanah dan mengurai bahan organan serta mengurangkan pengumpulan bahan kimia yang toksik pada udang. 5. Kawalan Perosak/Pemangsa : Pengeringan sepenuhnya serta menggunakan penapis yang sesuai boleh mengawal ikan-ikan pemangsa. Bagi kolam yang tak boleh dikeringkan sepenuhnya maka penggunaan racun perlu digunakan. 6. Pemberian Makanan : Makanan biasanya diberi 3- 4 kali sehari. Jenis makanan pellet yang diberi mengikut saiz udang. PENGGUNAAN PERALATAN MEKANIKAL ‘Automatik Feeder’–Tidak memerlukan tenaga buruh -Jimat kos. - Mengelak pembaziran - Waktu pemberian makanan lebih tepat. Sludge Pump.-Kaedah mekanikal untuk mencuci dasar kolam. Kolam HDPE -Dasar kolam lebih bersih. -Ruang untuk udang makan lebih luas. -Mengelak kebocoran kolam. PARAMETER YANG SESUAI UNTUK TERNAKAN UDANG HARIMAU SECARA INTENSIF -Oksigen Terlarut – 5 ppm -pH – 7.5-8.5 -Hardness – 70 ppm (masalah warna air jika kurang 50 ppm) -Suhu – 27-32?C -Karbon Dioksida - <2> CIRI-CIRI RINGKAS UNTUK MEMILIH BENIH UDANG YANG BERKUALITI Bentuk dan Sifat:Keadaan benih yang aktif, saiz sekata, warna dari coklat muda ke coklat, badan yang tidak melengkung, uropod (sirip ekor) sentiasa kembang. Analisis Mikroskopik: Benih bebas dari organisma seperti Zootharnnium, Epistylis dan Detritus Antenanya (sesungut) panjang lurus dan rapat.Badan mesti bersih dari kotoran, licin dan jernih.Rostrall spines 6-7Otot dalam segmen abdominal ke 6 cukup lengkap penuh dengan kulit. KUALITI AIR Oksigen Terlarut (D.O):Air dapat menampung oksigen yang rendah pada suhu yang tinggi. D.O. akan lebih tinggi pada suhu yang rendah. Perkara yang sama berlaku pada siliniti. D.O. rendah pada siliniti tinggi dan D.O. tinggi pada siliniti rendah. 2. Bagaimana D.O. Memasuki Air: a. Air yang mempunyai D.O yang rendah perlu diganti dengan air baru yang mempunyai D.O yang tinggi. b. Bloom (plankton) dan alga di dasar kolam menambah D.O. semasa siang (Fotosintisis). c. Udara diserapkan kedalam air melalui ombak, hujan, pam dan kincir angin. Apabila D.O<3.0> SALINITI Udang membesar dengan baik pada saliniti air yang rendah. (10-20 ppt). Saliniti dalam tahap biasa adalah diantara 12-15ppt. Apabila saliniti melebihi 15ppt, air dalam badan udang akan meresap keluar. Untuk mengganti kehilangan air, udang mestilah mengepam air dari luar badan ke dalam badan. Tenaga pam ini menggunakan makanan yang sepatutnya digunakan untuk tumbesaran udang. FCR akan bertambah kerana lebih makanan akan digunakan untuk menjalankan pam tersebut. SUHU Pada suhu tinggi( >35 C ) banyak kejadian berlaku dengan cepat. Udang mengalami tekanan, mudah dijangkiti penyakit serta D.O. dan pH berubah dengan cepat.Suhu yang tinggi menyebabkan :Air kolam akan menampung D.O yang sedikit.Udang membesar dengan cepat dan memerlukan lebih makanan.Bloom dan komuniti dasar cepat membesar.Pengurusan kolam menjadi lebih sukar apabila suhu meningkat. PUNGUTAN HASIL Selepas 3-5 bulan udang sudah sampai ke saiz pasaran. Udang boleh dipungut dengan cara: i.. Tangkapan sebahagian, iaitu menggunakan pukat, tangkul, pukat perangkap, jala dan pukat permindahan terbuka. ii. Tangkapan semua, iaitu menggunakan pukat keroncong dan pukat tarik. ANALISA PENDAPATAN & PERBELANJAAN UNTUK 1 PUSINGAN -Pendapatan: Jualan (RM 17.00/kg ) RM 76,500 -Kos Operasi : Penyediaan Kolam – 1,000 Benih 5,400 Makanan 31,500 Letrik 12,000 Buruh 2,000 Pelbagai 2,000 Jumlah = 53900 Lain-lain kos: Pengurusan 1,500 Penyelenggaraan 2,000 Jumlah 3,500 JUMLAH BESAR 57,400 UNTUNG BERSIH 19,100 NOTA Saiz kolam – 1 hektar Kepadatan – 30 ekor/m2 Tempoh Ternakan - 120 hari Kadar Hidup – 60% Saiz pasaran – 40 ekor/kg FCR – 2.0 Tuaian – 4.5 mt Kaedah ternakan secara intensif adalah satu perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan tetapi ianya berisiko tinggi, dimana ia memerlukan kawalan dan pengurusan yang berpengalaman luas. Banyak pengurusan kolam gagal kerana tiada dan kurang berpengalaman awal dalam industri ini. Masalah ini biasanya berkaitan dengan perngurusan air yang tidak baik berpunca dari kelemahan pengurusan, reka bentuk kolam, aspek teknikal, hatchery dan sistem kolam pembesaran tersebut.Adzaharihttp://www.blogger.com/profile/06435714776067362720noreply@blogger.com0